Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing , mkikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat. Biasanya batuk itu berlaku disebabkan beberapa punca seperti selsema biasa, influenza(selesema), otot obdomen tegang dan beberapa sebab lain.
Di sini saya kongsikan beberapa cara atau petua untuk menghilangkan batuk. Bahan yang kita akan gunakan kebanyakannya memang sudah sedia ada di dalam rumah kita iaitu di dapur.
1. Halia
Caranya:
Rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.Nak lagi sedap campurkan dengan teh. Minum dua kali sehari.
2. Asam jawa
Caranya:
Campur dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau sehingga sebati.Tapis untuk buang biji dan seratnya.Minum dua kali sehari.
3. Madu asli
Caranya:
Campurkan madu bersama perahan lemon/limau nipis dan air suam.Minum dua kali sehari.
4. Berkumur dengan air garam
Caranya:
Campurkan garam bersama air suam.Boleh dilakukan tiga kali sehari. Seeloknya kita menggunakan garam bukit.Tapi kalau tak ada garam biasapun boleh.
5. Bawang putih.
Caranya:
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.
Selamat Mencuba.
Sumber : doctoroncall