CORETAN PERISTIWA.......Simpan Ia sebagai Kenangan .


Biarpun Hanya Sedikit Penghargaan Tetapi Bagiku Amat Bermakna.....

Tanggal 20 Januari 2021, bertempat di  Hotel H-Elite, Bandar Baharu Tunjung, satu majlis diberi nama Majlis Apresiasi Panel dan Jurulatih Utama Negeri Kelantan telah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna. Kami panel modul dan Jurulatih Utama Negeri telah diberi penghormatan dan menerima sijil penghargaan serta sedikit imbuhan daripada PEKDIS. Terima kasih atas penghargaan ini.


Inilah hasil kebersamaan para panel dan Jurulatih Utama bagi subjek Pendidikan Islam....
Modul ini telah banyak membantu calon-calon SPM 2021. Saya sebagai salah seorang ahli panel merasa sangat gembira kerana berpeluang untuk membantu anak-anak didik SPM ini.

                                                                                    


Menerima sijil penghargaan dan sedikit saguhati daripada Ketua Penolong  Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ustaz Amran bin Mamat.

Tarraa.....Biarpun hanya sekeping kertas namun amat berharga bagiku..


                                 

Bila dah pakai mask ni, senyum sampai ke telingapun tak nampak juga..ha ha ha.



     Bersama Kak Nik ( Pn Hjh Nik Salwani binti Nik Abdul Rahman, "orang kuat" 
juga banyak membantu sehingga terhasilnya buku modul ini.



Previous Post Next Post