SECEBIS KENANGAN BERSAMA AKADEMI YOUTUBER

         





        Siapa tahu asbab pendemik Covid19, aku telah dipertemukan dengan Akademi Youtuber. Masa tu lepas habis  test Google Classroom level 8. Keperluan kepada ilmu di alam maya pada masa itu seakan mendesak agar guru-guru dapat menggunakan cara lain dan lebih canggih seperti Google Meet, Youtube dan seumpamanya. Masa tu aku dah buntu. Benda tak pernah buat. Kalau sekadar tengok youtube orang lain tu ada la.

 

Bak kata pepatah, sudah mengantuk disorongkan bantal. Youtuber Manager Akademi Youtuber , Cikgu Suffi Yusof telah memberi ruang kepadaku dalam menyelesaikan permasalahan ini. Founder Akademi Youtuber ini telah memberi laluan mudah dan percuma untuk aku mempelajari ilmu sebagai seorang youtuber.

Julai 2020 menjadi sejarah baharu buat aku. Mula masuk ke dalam dunia youtuber pendidikan berbekalkan tunjuk ajar sifu-sifu hebat. Bermula Challenge 1, Cikgu Woon menjadi mentorku. Kami hanya berhubung melalui telegram sahaja. Challenge 1 berakhir dengan ujian. Line internet yang macam siput buat aku cemas dan berpeluh-peluh.Letih perasaan nak habiskan menjawab ujian tersebut. Walau bagaimanapun, alhamdulillah aku berjaya melepasi Challenge 1.

 


Perjalanan aku teruskan lagi di challenge 2 dan 3, di sini aku mula bertemu dengan rakan-rakan baharu dari seluruh Malaysia. Kami diagihkan kepada panitia masing-masing berdasarkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sinilah aku hampir-hampir berputus asa. Saat paling getir bagi aku ialah masa untuk menyiapkan task 10 buah video. 5 buah video masuk dalam playlist individu dan 5 buah lagi masuk dalam playlist kumpulan panitia. Aduh….lintang pukang aku nak siapkan video-video tersebut.Bayangkanlah, dengan ilmu baharu, limu yang ciput pasal grafik, pasal design, pasal nak edit video dan macam-macam lagi. Kelas demi kelas aku hadir mengutip ilmu pasal buat video. Hasilnya aku berjaya juga menyiapkan task yang diberi. Leganya rasa hanya Tuhan saja yang tahu.


 

Masuk challenge 4, aku berkenalan dengan streamyard. Satu lagi ilmu baharu aku dapat. Buat kelas secara live, dibantu oleh rakan-rakan panitia PAI Menengah yang sentiasa positif. Tarikh 31 Disember 2021 tak akan kulupa. Live secara solo (AIO) menjadi kenangan manis. Duduk sorang-sorang kat konti, masa nak tekan GO LIVE hati berdebar dan degupan jantungku semakin kencang. Aku kuatkan semangat dan berbekalkan pengalaman sebelum itu aku telah berjaya mengakhiri satu jam bersiaran biarpun teramat lama aku rasa masa berjalan.

 



Masa ni juga aku cuba untuk bergiat aktif dalam Akademi Youtuber, masuk team Yasin dan Team Voice Over (VO).Bersama insan-insan yang positif membuatkan aku lebih teruja untuk terus meneroka ilmu baharu. Menerusi Anugerah Skrin AYU, dapat anugerah playbutton 1000 subscriber. Rasa seronok sangat. Sebab aku tak sangka boleh dapat subscriber seramai itu. Pada tanggapan aku agak mustahil untuk dapat masa aku mula-mula ada channel youtube dulu.





Perjalanan aku teruskan lagi dengan menyahut cabaran di challenge 5. Antara task terakhir ialah segmen khas di mana setiap orang kena join segmen khas sekurang-kurangnya 5 orang satu kumpulan, perlu bersiaran selama 10 minggu. Empat hari empat malam aku dok fikir nak buat pasal tajuk apa.. Akhirnya keluarlah tajuk Menyingkap Rahsia 30 Juzuk Al Quran dan akulah sebagai penyelarasnya.30 Januari 2021 episod pertama bersiaran.Maka selepas itu setiap minggu aku dan team iaitu Ustazah Azizah,Ustaz Asyraf,Ustazah Shamsiah dan Ustazah Saliza akan bersiaran jam 11 pagi. Hasil dan impak yang aku dan team dapat amatlah banyak. Selain daripada mengeratkan ukhuwwah, sikap bantu-membantu kami juga dapat ilmu baharu hasil kajian kami tentang tajuk yang ingin dikupas sebelum ke udara.Diam tak diam dapat la jugak bersiaran sebanyak 36 episod.

 





Akhirnya tanggal 22.2.2022  aku konvo juga di Akademi Youtuber. Alhamdulillah perjalanan yang panjang aku lalui dengan pelbagai rintangan, halangan, susah, senang, pahit dan manis.Terima kasih kepada semua yang telah membantu diriku yang serba kekurangan  sehingga mencapai ke tahap ini.

 

Terima kasih Akademi Youtuber..

Terima Kasih Yu Suffi, Yu Zuly, AbeMat PB dan semua yang pernah bersamaku di Akademi Youtuber.

 

#kitabantukita

#sendiriankitabiasabersamamenjadiluarbiasa

 

Catatan : @Ustazah_Salina Jan 21 2023.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Previous Post Next Post