Hari ini aku nak
berkongsi sedikit pengalaman menarik acara jalan-jalan santai aku kat negeri
Kelantan ni. Untuk hari ini aku berpeluang mengunjungi satu lagi destinasi
pelancongan yang baharu dan menarik iaitu Pulau Sri Tanjung, Tumpat Kelantan.
Kali ini aku menaiki bot di Jeti
Kuala Besar yang berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan. So kalau korang datang
bercuti kat sini, boleh la nanti ke Pantai Cahaya Bulan, Pantai Mek Mas dan
Pantai Kundur. Jarak antara tempat-tempat yang aku sebutkan tadi dekat sahaja di antara satu sama lain.
Jeti Kuala Besar
Ok la… aku terus sambung pasal Pulau Sri Tanjung. Untuk ke
sana korang boleh menaiki bot di Jeti Kok Majid atau Jeti Kuala Besar. Bagi
yang naik di Jeti Kuala Besar, tambang bot ke pulau adalah RM3 sehala. Oh ya
lupa nak bagi tahu. Bayaran tempat parkir kereta juga sebanyak RM3 bagi sebuah kereta.
Pulau ini dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu pukul 8.00 pagi sehingga 5.00
petang.
Menaiki bot ke Pulau Sri Tanjong
Sepanjang menaiki bot ke pulau, kita akan dapat menikmati pemandangan yang menarik, merasai percikan air ke muka kita, angin yang bertiup...detik-detik yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Cewahhhh...bersastera la pulak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja sekiranya melalui Jeti Kuala Besar.
Bayaran masuk sebanyak RM2 setiap orang dewasa.
Selalunya yang datang ke sini, nak cari port makanan yang sedap-sedap dan ' rare ' la kata orang.😆
Nasi Kerabu yang enak
Baby Crab yang crunchy
Kerabu Maggi yang ohsem
Isi Nipah yang marbeles
Selesai makan boleh buat aktiviti lain kat sini contohnya naik basikal round-round layan view yang menarik ataupun aktiviti berkayak dan juga mencari lokan. Best gilerrrr ....
Basikal untuk disewa
So kepada sesiapa yang belum sampai lagi ke Pulau Sri Tanjung ni, jemput lah datang. Cipta kenangan manis di sini....
Jemput tonton video saya juga. Jom support.