PIZZA KELANTAN :PIZZA JANGOK MEK ANI #kelantan # pizzasedap # pizzamurah #mewahkeju


                                      

Assalamualaikum wbt dan hai semua…..

    Untuk kali ini  aku ingin berkongsi mengenai satu kedai piza yang viral kat Kelantan iaitu Kedai Pizza Jangok Mek Ani yang terletak di Kampung Chedok Bukit Bunga. Antara sebab mengapa kedai  ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kedudukannya yang strategik iaitu di laluan utama bagi mereka yang datang dari arah utara seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang menuju ke bandar Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu, Machang dan juga Pasir Mas.

    Sebenarnya kedai ini sudah lama beroperasi sekitar tahun 2016 tetapi baru kali ini aku berpeluang untuk menjejakkan kaki ke kedai ini setelah mendengar cerita-cerita menarik daripada sahabat handai yang pernah datang ke sini. 

    
    Beratur panjang  wehhhh... sabar menunggu 😆

   Untuk makluman kepada sesiapa yang berminat dan berhasrat untuk mencuba piza di Kedai Pizza Jangok Mek Ani , ia dibuka setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 11.00 pagi sehingga 10.00 malam.

   Menurut pemilik kedai piza ini iaitu Puan Noraini bt Ahmad, beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan piza ini secara kecil-kecilan setelah menghadiri kursus pendek kulinari di Pusat Latihan Kemahiran Enpower Wilayah Pantai Timur (ECER). Bermula dari bawah dengan hanya dibantu oleh suami sehinggalah kini sudah berjaya dan mempunyai puluhan pekerja.

   Apa yang menarik dan istimewanya mengenai piza beliau ialah kulit piza yang lembut dan topping yang sangat enak, isinya pun banyak dengan harga yang berpatutan. Untuk deco hanya perlu ditambah RM2 dan jika mahu tambah cheese supaya lebih chezzy boleh tambah RM5.

    
     Nampakpun dah sedap......

    
      Nak bawa pulang 'take away' pun boleh..

   Terdapat tujuh jenis piza yang dihasilkan seperti piza makanan laut, piza ayam,  piza tuna, piza daging, piza tomyam ayam, piza campuran dan piza tora yang guna bebola ayam dengan harga bermula dari RM17 sehingga RM28.

             


 


 

Previous Post Next Post