TERKINI : Banjir di Kelantan.

 



                        Hari ini sudah masuk hari kedua hujan lebat tidak berhenti-henti. Banyak kawasan rendah telah dinaiki air. Paras air di Sungai Golok juga dilaporkan berada di paras merbahaya. 

Terdapat juga beberapa jalan utama telah ditutup kepada semua kenderaan dan ada yang ditutup kepada kenderaan ringan.Antara yang terjejas ialah jalan Kota Bharu - Pasir Puteh di Bukit Abal dan jalan Kota Bharu - Machang di Pulai Chondong yang dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

"(Manakala) jalan Kota Bharu - Kuala Krai (SMK Abdul Samad - Pangkal Gong), Jalan By Pass Machang - PPR Machang, Jalan Pengkalan Rakit - Batu Karang Masjid Padang Licin, masing- masing ditutup kepada semua kenderaan.Sementara jalan kampung dan dan alternatif lain seperti di Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jalan Tok Bok - Selising di km 0.2, Pasir Puteh - Gong Kelih, Kampung Surau ke Kampung Cengal Pulas, Jalan Bukit Sireh - Kampung Bedal/Kuala Nal, jalan Sungai Durian - Chenulang Kuala Krai, ditutup kepada semua kenderaan ringan

Jumlah mangsa banjir juga telah meningkat dari hari sebelumnya. Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih dua kali ganda berbanding pagi semalam. Daripada 1,600 mangsa yang direkodkan pagi tadi, Kelantan kini merekodkan 3,300 mangsa daripada lebih 900 keluarga di 33 pusat pemindahan sementara (PPS). Situasi banjir bertambah buruk apabila sembilan jajahan di negeri ini sudah ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak semalam sekaligus menyaksikan 9,214 mangsa telah ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).





 

 

Previous Post Next Post