KAABAH: KIBLAT UMAT ISLAM JADI BAHAN SENDAAN

 


            


            Pelbagai rasa hadir bila melihat  video tik tok perkongsian #matrifinanita , melihat gelagat manusia akhir zaman mula menunjukkan kejahilannya dengan mempersendakan Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Sesudah Masjidil Al Aqsa  yang merupakan kiblat pertama umat Islam hampir menemui kehancuran kini mereka beralih ke kiblat kedua.

             Apakah lagi yang ingin mereka pertontonkan kepada dunia. Arab Saudi menjadi boneka. Amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian Kaabah sejak ratusan tahun dahulu telah dipandang sepi. Memang betullah Arab Saudi kini kembali ke zaman Jahiliyyah. Para pemimpin hidup dalam kemewahan dan suka kepada hiburan berlebih-lebihan.

            Sejarah telah membuktikan di mana Kerajaan Umiayah, Kerajaan Abbasiah dan juga Kerajaan Uthmaniyah pernah mencapai kegemilangan sebelum masing-masing jatuh disebabkan cara hidup para pemimpin yang sudah menyimpang jauh dari jalan hidup Islam yang sebenar. Bersedialah saudara-saudaraku...kita sudah menghampiri fasa akhir. Semoga akhir nafas kita dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Amin.

                                                

                        Untuk melihat video lebih lanjut, boleh klik link di bawah:      

https://www.facebook.com/share/r/TmpGKv3gzFLWXHFy/?mibextid=IX6t0L


Previous Post Next Post