PIYAMIT TUNNEL, BETONG THAILAND.#terowong binaan tentera komunis.

 

Terowong Piyamit Tunnel dibina sebagai tempat persembunyian rahsia pihak komunis Tanah Melayu semasa era komunisme yang bermula sejurus selepas berakhirnya penjajahan Jepun pada tahun 1945.

Bagi yang melalui highway 410 dari arah Pekan Betong, jalan masuk adalah masuk simpang sebelah kiri. Kalau bagi yang belum pernah sampai tak mustahil boleh terlepas simpang ni sebab ia agak tertutup sedikit.Jadi kena berhati-hati bila sampai ke kawasan ni..

         Kawasan ini agak jauh ke dalam dan melalui jalan yang agak sempit serta berliku. Sebelum sampai ke Piyamit Tunnel, kita akan melalui Betong Hot Springs. Aku tak singgah la kat sini sebab ia bukan tujuan utama.Lagipun kat Malaysia banyak je Hot Springs macam ni..Jadi tak nak buang masa sebab waktu pun agak singkat.Tutup pukul 4.30 petang.

         Nak bagi tahu juga sepanjang perjalanan ke Pymait Tunnel ini kita boleh lihat dusun atau kebun durian dan manggis.Banyak sangat di kiri dan kanan jalan. Time aku pergi hari tu, musim durian dah sampai di penghujung..Jadi tak banyak boleh tengok buah durian atas pokok.Yang ada tersisa cuma tali-temali yang digunakan untuk mengikat dahan-dahan kecil sahaja.

         Setelah sampai, kita boleh letak kenderaan di kawasan parkir yang banyak berhampiran pintu masuk. Untuk masuk ke sini kita kena jalan mendaki sedikit kerana ia kawasan berbukit. Kat situ ada kaunter tiket. Aku terlupa pula berapa harga tiket sebab semua agen yang uruskan…hi hi hi…

 

                                                        Pintu masuk ke Piymait Tunnel

         Masuk ke dalam kita akan menaiki tangga yang berbumbung. Di sini memerlukan sedikit stamina bagi yang dah berumur.Boleh semput juga ni…Sepanjang menaiki bukit ni, kita boleh melihat kehijauan alam dan suasananya yang agak sejuk lagi nyaman. Jika rasa penat boleh berhenti berehat sebentar sebab ada tempat persinggahan.Dalam 10-15 minit juga la untuk sampai ke tunnel berkenaan. Juga bergantung pada cara menaiki tangga dari segi cepat atau lambat.

 

        Yang bestnya tengah-tengah mendaki tu ada terjumpa replika pak belang dan mak cettah yang sedang menunggu….Sempat lagi bergambar wehhhh.


        Dalam perjalanan juga kita akan berjumpa coal tunnel kiln iaitu tempat menghasilkan arang.

 


 

        Tempat memasak mereka juga agak menarik perhatian aku. Cara mengelakkan aktiviti mereka dikesan, mereka memasak di dalam gua yang dikorek. Asap akan disalurkan keluar dari gua melalui lubang-lubang terus ke permukaan tanah. Bila asap naik ke atas, ia tak nampak berkepul-kepul tetapi lebih kelihatan seperti kabus di dalam hutan.


Terowong yang aku masuk ni yang pendek sahaja. Kat dalam tu ada laluan /cabang lain dalam 3 jalan keluar. 



        Menurut sumber terowong itu dibuat dalam masa 3 bulan dengan tenaga 100 orang tentera komunis. Jaringan terowong yang dibina sepanjang 1 kilometer pada tahun 1977 tanpa  sebarang penggunaan jentera. Antara yang dapat aku lihat sepanjang berada di dalam terowong ini ialah lampu-lampu dipasang  di kiri dan kanan laluan,tempat letak barang, tempat tidur dan juga gambar-gambar yang tergantung di dinding terowong .

 


                                                                             Gambar-gambar digantung


Tempat tidur

 


                                                                         Tempat simpan barang/bekalan

             Setelah itu aku keluar dari terowong berkenaan. Kiranya laluan yang diambil adalah laluan yang paling singkat iaitu dalam 10 minit sahaja. Ok lah jugak. Kalau lama-lama nanti rasa sesak nafas pula sebab kurang oksigen kat dalam tu.... Terus menikmati udara segar dengan  pelbagai bunyian  serangga di dalam hutan . Jumpa pula mata air yang cantik membentuk aliran anak sungai. Jernih airnya.Pasti sejuk kalau dapat rasa.


            Begitulah pengalaman berharga yang aku dapat di Betong ini. Salah satu tarikan kepada sesiapa yang berhajat untuk berkunjung ke sini aku nasihatkan datang pada waktu pagi sebab petang takut hujan pula.Lagi satu pakai pakaian sesuai untuk menaiki tangga dan jalan yang berbukit ini.

 

 

 

 

Previous Post Next Post