TIGA INISIATIF TERKINI KPM


Langkah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengemukakan beberapa inisiatif terbaharu menjelang sesi akademik yang akan bermula minggu hadapan. Sesungguhnya inisistif-inisiatif ini disambut baik oleh seluruh lapisan masyarakat khususnya para ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan beban kewangan untuk menyediakan beberapa keperluan anak-anak ke sekolah seperti pakaian dan peralatan sekolah.

Terdapat tiga inisiatif yang telah dilakukan oleh beliau iaitu:

Tiada sesi pembelajaran akademik pada minggu pertama persekolahan. 

 Keputusan agar tiada sesi pembelajaran akademik diadakan pada minggu pertama persekolahan ada dinyatakan Kementerian  Pendidikan Malaysia melalui surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 5 Tahun 2023. Tiada lagi istilah "satu kerusi,satu meja dan satu set buku teks" pada hari pertama  persekolahan sebagaimana sebelum ini. Pada minggu pertama nanti akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi kurikulum,sahsiah dan ko kurikulum. Bezanya pada minggu tersebut tiada pembelajaran dan pengajaran secara formal. Para guru tidak dibenarkan mengajar dan tiada "marker pen" pada minggu itu juga.

Langkah ini amat baik di mana murid darjah satu dan tingkatan satu akan berpeluang untuk menyesuaikan diri di sekolah baharu dan dalam suasana baharu. Selain itu juga dapat memberi peluang kepada guru dan murid-murid lain untuk membuat lebih persediaan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Boleh hadir ke sekolah  tanpa pakaian seragam.

Satu lagi perkara menarik ialah beliau juga telah membuat pengumuman bahawa kelonggaran telah diberikan kepada murid  yang terlibat dengan banjir khususnya di Johor dapat menghadiri sesi persekolahan tanpa mengenakan pakaian seragam sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan lagi, kelonggaran ini diberikan sebagai langkah untuk memudahkan para ibu bapa supaya soal ini tidak dijadikan alasan murid  tersebut tidak hadir ke sekolah.


Boleh pakai t-shirt sekolah masa akiviti ko kurikulum.

Kementerian juga bersetuju supaya memakai t-shirt yang menggambarkan sekolah mereka jika ibu bapa tidak mampu membelinya. Murid juga boleh memakai pakaian sukan yang sesuai untuk hadir ke sekolah dan mengikuti semua program sekolah

Previous Post Next Post