PERATURAN BAHARU ARAB SAUDI SEMPENA RAMADAN 1444H/2023M.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan beberapa peraturan baharu sempena Ramadan 1444H nanti. Antaranya:




1. Para imam dan muazzin dikehendaki hadir sepanjang Ramadan.Jika tidak dapat hadir, mereka dikehendaki melantik individu lain yang berupaya memikul  tanggungjawab yang diamanahkan.

2. Bacaan doa sewaktu menunaikan solat terawih hendaklah dipendekkan dengan hanya doa-doa yang sahih . Elak bacaan secara berintonasi dan beralun.

3. Dilarang menggunakan kamera sepanjang solat terawih serta tidak dibenarkan siaran langsung solat terawih tersebut.

4. Sekiranya ingin beriktikaf perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.

5. Sebarang derma atau sumbangan bagi projek berbuka puasa tidak dibenarkan.

6. Majlis berbuka puasa tidak boleh dibuat di dalam masjid tetapi boleh mengunakan halaman masjid unuk tujuan tersebut.

7. Kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa semasa solat terawih.


Previous Post Next Post