TAKWIM PERSEKOLAHAN AKAN BERMULA SEMULA JANUARI: Berita gembira pelbagai pihak.

Gambar hiasan 

Hari ini kita telah mendapat satu berita yang agak menggembirakan banyak pihak khususnya para guru dan ibu bapa apabila  Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini.

 

Berita gembira ini telah disampaikan sendiri oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di mana beliau berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementerian yang dinaunginya sedang berusaha ke arah itu.

 

Bagaimanapun , katanya, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan pada tahun 2023 kerana memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996, contohnya hari persekolahan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari di samping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B.

 

Jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan yang perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

 

Apa-apapun kita semua sangat-sangat berharap agar perkara ini akan menjadi kenyataan kerana sebenarnya terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pihak sekolah sekiranya sesi persekolahan yang ada pada hari ini diteruskan.Antara masalah yang paling ketara ialah masalah banjir seperti yang berlaku ketika ini. Tidak dapat kita bayangkan pelbagai kesukaran yang akan dihadapi oleh banyak pihak sekiranya banjir berlaku dan dalam waktu yang sama pelajar perlu hadir ke sekolah.

 

 

Sumber : Berita Harian Online

Previous Post Next Post