SELAMAT TINGGAL 2022, SELAMAT DATANG 2023

 


Bangun pagi ni terfikir sesuatu. Hari ni hari last 2022. Apa nak buat sebagai tanda kenang-kenangan  penutup tirai 2022 ni?. Mesti buat sesuatu. Teringat kat laman blog saya. Ya,bolehlah tulis apa-apa sebagai tanda berakhirnya 2022.

 

Banyak peristiwa dan kenangan untuk tahun 2022 dalam hidup saya. Ada yang manis, tak kurang yang pahit kata orang… Walaubagaimanapun manis ke, pahit ke semua kita kena hadap dengan redha, sabar dan cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apatah lagi sebagai umat Islam, kita kena yakin bahawa semua yang kita harungi dari dulu sehingga ke hari ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji keimanan , ketaatan , kesabaran dan kecekalan hati kita. Bukan mudah untuk kita menerima semua suratan takdir. Tipu la kalau saya cakap kita tak rasa apa-apa bila menerima ujian dan masalah hidup. Apatah lagi sebagai seorang perempuan. Tangisan itu adalah peneman setia mereka. Kadang-kadang perlu juga seseorang itu menangis di kala menerima kesulitan hidup. At least, lega la sikit lepas menangis. Itulah perangai orang perempuan ( mungkin saya la tu… ).

 

Azam tahun baru?….Hmmmmm belum fikir lagi tu nak buat apa. Mungkin akan teruskan aktiviti-aktiviti dan perkara-perkara yang belum selesai 2022. Masih perlu fokus pada channel youtube  https://www.youtube.com/@channelustazahsally dan laman blog https://www.ustzhsalina.com/ yang kadang-kadang malap dan sunyi.Kekangan masa dengan rutin tugas harian yang begitu mencemburui saya. Berbekalkan semangat untuk berkongsi ilmu dan memang itulah nawaitu saya semasa memulakan karier  sebagai seorang youtuber dan penulis di laman blog. Ingin kongsi ilmu dan sebarkan perkara kebaikan kepada semua orang tanpa mengira usia, bangsa dan tempat. Kiranya macam berdakwah la…sebar benda baik biarpun di alam maya sahaja.

 

Beberapa jam lagi 2022 akan meninggalkan kita, melabuhkan tirainya. Pergi dengan seribu kenangan yang tak akan terpadam di ingatan . 2023 akan hadir dengan seribu janji. Kuatkan semangat dan akan cuba hadapi setiap dugaan mendatang berbekalkan pengalaman hidup sebelum ini.Semoga sinar bahagia menanti setelah bermusim ia suram dan banyak dihiasi dengan deraian air mata. Semoga Allah SWT memberikan kesabaran dan ketabahan kepada saya juga. Impian hidup bahagia adalah impian setiap insan tidak terkecuali kepada saya juga. Sama-sama kita susuri perjalanan di tahun 2023.

 

Catatan: Ustazah Salina Disember 31 2022 @11.20am

 

 

 


6 Comments

Previous Post Next Post