SELAMAT TAHUN BARU 2023. MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL DI MALAYSIA 2023

 




MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL DI MALAYSIA.

 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang yang cukup berharga yang tak terjangkau dek pemikiran saya selaku insan biasa. Sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka akan sampai ke tahap ini dalam media sosial ini. Dulu bagi saya untuk mempunyai laman web sendiri dengan domain .com adalah satu perkara yang agak mustahil memandangkan dengan usia saya yang menghampiri warga emas ini.

Tetapi berpegangkan kata ” Nak seribu daya, tak nak seribu dalih” saya telah ketepikan sikap pesimistik tersebut dan saya nyalakan api semangat untuk terus belajar kerana bagi saya tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha.Sesungguhnya ia terlalu manis untuk saya telan dan teramat sayang untuk saya buang. 

Dengan kehadiran suria 2023, diiringi keazaman sempena tahun baru, saya teruskan tekad dan perjuangan dalam menyahut cabaran dunia pendidikan digital."Pantang menyerah sebelum kalah, pantang undur sebelum berjuang."


Nukilan Rasa: Ustazah Salina Januari 1 2023 @ 12.20am

7 Comments

  1. Selamat tahun baru 2023. Semoga terus lebih bersemangat dan cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru 2023 juga, semoga Allah permudahkan urusan kita.

      Delete
  2. Selamat tahun baru..power blog cikgu...Tahniah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ustazah. Teruskan berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cg lk, jom meriahkan blog adik beradik Ayu

      Delete
Previous Post Next Post