BANJIR TERENGGANU DAN KELANTAN, JALAN-JALAN YANG DITUTUP.


Gambar sekadar hiasan

ANDA INGIN MELAKUKAN PERJALANAN YANG MELIBATKAN TERENGGANU DAN KELANTAN? SILA PASTIKAN JALAN-JALAN YANG BAKAL ANDA LALUI DITUTUP ATAUPUN TIDAK KERANA BANJIR.

 TERENGGANU

Sebanyak 62 laluan di seluruh negeri Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air, berikutan hujan berterusan sejak Ahad lalu.

Jalan di daerah Besut mencatatkan penutupan tertinggi menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu.

Sebanyak 24 jalan utama, termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, bermula di Kampung Padang Luas hingga ke Bukit Yong, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Tok Dor dan Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kampung Renek ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.30 meter (m) dann0.80m pada jarak sejauh antara 300m dan 8,000m.

Penutupan jalan kepada semua lalu lintas di daerah Besut, termasuk melalui jalan pantai menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu.

Sehingga jam 8 pagi tadi JKR turut memaklumkan 11 jalan di daerah Hulu Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.35m dan 700m.

Hanya tiga laluan iaitu Jalan Sungai Tong/Permaisuri di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong, Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Kampung Seri Kenangan dan Jalan Pengkalan Merbau di Kampung Padang ditutup kepada semua lalu lintas selepas dinaiki air sedalam antara 0.90m dan 1.25m.

Sebanyak 16 jalan di daerah Dungun turut ditutup kepada semua lalu lintas selepas masing-masing ditenggelami air sedalam antara 0.80m dan 1.0m.

Hanya dua laluan iaitu Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) di Bukit Payong dan Jalan Kuala Terengganu/Bukit Besi di simpang ke LPT2, ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam antara 0.35m dan 0.80m.

 

 


                                                                     Gambar sekadar hiasan

KELANTAN   

Menurut portal eBanjir Kelantan, jalan yang ditutup membabitkan 14 di Pasir Mas, 9 di Pasir Puteh, masing-masing 4 di Kuala Krai dan Machang, 3 di Tanah Merah serta 2 di Tumpat.

Antara jalan yang masih ditutup di Pasir Mas termasuk Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah, Jalan Tanah Merah-Lubok Jong dan Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung.

Selain itu, jalan di Pasir Puteh pula ditutup termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Jalan Pasir Puteh-Semerak dan Jalan Pasir Puteh-Jelor.

Jalan di Kuala Krai yang ditutup Jalan Sungai Durian-Chenulang, Jalan Jirat, jalan masuk ke Kampung Baru Pahi, Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal, manakala jalan di Machang membabitkanJalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata, Jalan Sungai Mati Kerawang (Pangkal Perahu) dan Jalan Paloh Rawa- Belukar Panjang.

Di Tanah Merah jalan yang ditutup adalah Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remah dan Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, di Tumpat Jalan Cabang empat/ Kampung Jambu/Meranti serta Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang.

Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, empat sungai utama di negeri ini yang masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.69 meter (m).

Tiga sungai lagi yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat (3.18m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.02m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (40m).

Tiga sungai melepasi paras amaran adalah Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok (8.52m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (4.26m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.38m).

Selebihnya, tiga sungai lagi berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Semerak di Pasir Puteh (2.46m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam, Kota Bharu (3.9m) dan Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (35.69m).

 

Sumber : Berita Harian Disember 20,2022 @9.52pm

 

 

Previous Post Next Post