PERKARA SUNAT DALAM MENYAMBUT HARI RAYA

 


                        Beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan 1 Syawal 1445H.                                      Pastinya ketika ini masing-masing sedang sibuk dengan pelbagai persiapan                              untuk  menyambut hari lebaran yang mulia ini.
       
      Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, terdapat beberapa amalan sunat yang sangat digalakkan untuk kita lakukan , antaranya ialah:

        1. Melaungkan Takbir:

      Bertakbir dan bersyukur kepada Allah dengan banyak-banyak. Dalam masa yang sama, berdoalah memohon ampun dan keberkatan di hari yang mulia ini. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 135: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya.”

        2. Menghidupkan Malam Hari Raya dengan Ibadah:
        Kita digalakkan menghidupkan malam raya dengan bertakbir, membesarkan Allah, serta berdoa. Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan bahwa sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran dari Allah, hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati manusia.Beberapa panduan berguna untuk malam hari raya termasuk solat berjemaah di masjid atau surau, menghias rumah dengan ibadah, dan bangun 1/3 malam untuk melakukan solat sunat.

        3. Mandi Sunat Aidilfitri:
        Mandi sunat hari raya biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar menunaikan solat sunat hari raya. Amalan ini berdasarkan amalan para sahabat.

        4. Memakai Pakaian Baru dan Bersih:

      Memakai pakaian baru sebagai tanda syukur kepada Allah. Sekira seseorang itu tidak mampu membeli baju raya disebabkan factor kewangan, beliau boleh memakai pakaian lama yang bersih.

         5. Memakai Wangian atau Haruman:
    Memakai wangian yang menyenangkan.

        6. Berjalan Kaki ke Masjid:

        Menggunakan jalan berbeza untuk pergi ke masjid. Hal ini berdasarkan hadis, daripada jabir R.A, katanya:
  1. كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ                                                   
  2. Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.” Riwayat al-Bukhari (943)
        7. Bersedekah Kepada Yang Memerlukan:

            Beramal dengan memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. Amalan sedekah ini bukan sahaja dapat ganjaran pahala daripada Allah SWT tetapi ia juga  dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemberi dengan penerima.

        8. Ucap Selamat dan Saling Mendoakan:

            Sambut hari raya dengan salam dan mendoakan kebaikan untuk sesama kita. Ia secara tidak langsung akan memupuk perasaan mahabbah antara umat Islam yang dikira bersaudara.

        9.Menjamah Makanan Sebelum Keluar
  
          Sebelum keluar rumah, jamah makanan sebagai tanda syukur. Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
      
        10.   Mendirikan Solat Sunat Hari Raya:
  
         Solat sunat hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
  
        11.   Saling Ziarah-Menziarahi:
        
          Berziarah ke rumah-rumah saudara dan jiran serta mengadakan rumah terbuka mestilah mengikut kaedah Islam untuk mengelakkan sikap berlebihan dan menyebabkan kelalaian dan lari dari maksud asal ia diadakan.


        12.   Berpuasa Sunat 6 Hari:
 
          Berpuasa sunat enam hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

13.   Datang Awal ke Masjid:

Usahakan untuk tiba awal di masjid untuk solat Hari Raya. Sunat bersegera  ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

14.   Sambut Hari Raya Ikut Syarak:

  Amalkan semua perkara di atas dengan mengikut tuntutan syarak.



    
Previous Post Next Post