CUACA PANAS TERIK,ELAK AKTIVITI LUAR.

 


                    Cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini menimbulkan pelbagai kesan kepada manusia dan alam sekitar. Suhu yang tinggi mencapai lebih daripada 35 darjah celsius telah menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan warga negara.

Cuaca panas yang sedang berlaku disebabkan oleh pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan kurangnya taburan hujanFenomena bahang ini melanda Semenanjung negara, dan suhu yang meningkat adalah hasil daripada pemanasan permukaan bumi

Bagi pelajar sekolah, aktiviti luar bilik darjah hendaklah dikurangkan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling yang melarang aktiviti luar bilik darjah apabila suhu ketika ini melebihi 35 darjah celcius. Hal ini adalah bagi mengelakkan serangan strok haba dan memastikan keselamtan guru dan pelajar itu sendiri.

Terdapat beberapa kesan cuaca panas melampau ini kepada manusia dan hidupan lain. Bagi Kesihatan manusia antaranya:

Kesannya terhadap hidupan lain :

  • Tumbuhan: Tumbuhan menghadapi risiko kering dan layu akibat kekurangan air.
  • Haiwan: Haiwan juga mengalami kesan negatif, terutamanya haiwan liar yang bergantung pada sumber air dan makanan semulajadi.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai Langkah berjaga-jaga dengan situasi ini ialah

1. Sentiasa meminum  air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Minum air secara berkala membantu menjaga kesegaran tubuh dan mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.

2. Sebarang aktiviti luar juga perlu kita hindari khususnya pada waktu tengah hari kerana waktu sebegini merupakan suhu paling tinggi. Jika perlu berada di luar, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan memakai topi atau tudung untuk melindungi kepala daripada terik matahari.

3. Berlindung di tempat yang beralih udara atau berhawa sejuk seperti dalam bangunan berhawa dingin atau di bawah naungan pokok. Ini membantu mengurangkan risiko strok haba dan keletihan.

4. Jika anda berada di dalam rumah, gunakan kipas atau penghawa dingin untuk mengurangkan suhu dalaman. Pastikan juga bilik tidur anda selesa dan sejuk.

 

5. Kita disarankan supaya mengelak daripada mengambil makanan yang berminyak ,banyak lemak dan makanan berat. Makanan berat dan berminyak boleh meningkatkan suhu badan. Pilih makanan yang ringan dan mudah dicerna semasa cuaca panas.

 

6.  Gunakan pelindung matahari (sunblock) untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Kulit yang terbakar boleh menyebabkan ketidakselesaan dan risiko kanser kulit.

 

7. Orang tua dan kanak-kanak lebih rentan terhadap kesan cuaca panas. Pastikan mereka mempunyai akses kepada air minuman yang mencukupi dan berada di tempat yang selesa.

Ingatlah bahawa kesedaran dan tindakan berjaga-jaga adalah penting untuk melindungi diri kita daripada kesan cuaca panas yang ekstrem. Semoga kita semua dapat menghadapinya dengan bijak dan berhati-hati.

 

 

 

Previous Post Next Post