TAJUK-TAJUK PENTING BIDANG AKIDAH PAI SPM 2023

 



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat calon-calon SPM 2023 yang dikasihi.

Selamat bertemu kembali menerusi blog ustazah. Seperti sebelum ini, di sini ustazah kongsikan tajuk-tajuk penting bidang akidah sebagai persediaan menghadapi SPM.

Tingkatan Empat:

Al-Muntaqim

Hindari Ajaran Sesat

Tingkatan Lima:

Al-Raqib

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.(ASWJ)

Sebenarnya kesemua tajuk-tajuk ini telah keluar dalam peperiksaan SPM sebelum ini kecuali Al-Raqib. Walau bagaimanapun masih terdapa beberapa point yang belum ditanya seperti tajuk ASWJ iaitu nama-nama lain bagi ASWJ , pandangan ASWJ dan aliran-aliran bertentangan Syiah, Khawarij dan Muktazilah tentang beberapa isu:

- Adakah Al-Quran  Makhluk? 

- Melihat Allah di Akhirat

- Kedudukan Iman

- Qada dan Qadar

- Pelaku dosa besar

Calon juga perlu mengambil perhatian mengenai 3 aliran iaitu Syiah ,Khawarij dan Muktazilah berkaitan sejarah kemunculan dan prinsip aliran-aliran ini.

Sementara bagi tajuk Hindari ajaran sesat, masih terdapat beberapa perkara yang belum ditanya dalam SPM seperti :

- Ciri-ciri ajaran sesat

- Cara menjauhi ajaran sesat.

Bermungkinan juga bidang akidah nanti ada soalan KBAT.

Di sini ustazah kongsikan beberapa link video berkaitan tajuk-tajuk di atas. Selamat menonton. Semoga bermanfaat. Selamat maju jaya semua.

Tajuk: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (1)

https://youtu.be/Co8YwXXe0c8?si=M_wwjivHbuPkHzMI

Tajuk: Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (2)

https://youtu.be/5LYbMP4X8jg?si=zxhgMLk9-7LCY7vT

Tajuk: Al-Raqib

https://youtu.be/Wg4CprZl4Us?si=RVumF6cYuXUBa4ww

Previous Post Next Post