TAJUK-TAJUK PENTING BIDANG AL-QURAN: SPM 2023

 





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat calon-calon SPM 2023 yang dikasihi.

Peperiksaan SPM semakin hampir. Pastinya sudah banyak persiapan yang telah dilakukan oleh anda semua untuk menghadapinya. Di sini ustazah kongsikan beberapa tajuk penting bidang al-Quran untuk SPM 2023.

Tingkatan Empat:

1. Memahami Sunnatullah

2. Larangan Mempersenda Agama


Tingkatan Lima:

1, Memahami Keutamaan Dalam Tindakan

2. Kepelbagaian Bangsa Dalam Islam


Berdasarkan keempat-empat tajuk ini, tiga daripadanya terdapat sebab turun ayat. Hal ini perlu diambil perhatian oleh semua calon kerana soalan sebab turun ayat belum pernah keluar lagi dalam peperiksaan. Biasanya  peruntukan markah untuk sebab trun ayat ialah 2 markah.

Di sini ustazah kongsikan sebab turun ayat tersebut.

Tajuk: MEMAHAMI SUNNATULLAH

Ketika para sahabat Nabi SAW mengalami kekalahan dalam Perang Uhud, lulu Rasulullah SAW berdoa memohon supaya Alah SWT membantu mereka. Lalu turunlah ayat ini.

Tajuk: KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN

Terdapat beberapa orang sahabat meninghikan suara semasa berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas Pembukaan Kota Mekah di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar RA dan beliau mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka turnlah ayat ini.

Tajuk: KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM

Rasulullah SAW telah meminta Saidina Bilal bin Rabah melaungkan azan semasa Pembukaan Kota Mekah. Terdapat sahabat yang memandang rendah kepada beliau.Malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW dan baginda telah memanggil mereka. Lalu turunlah ayat ini.

Anda juga boleh menonton video pdpc ustazah untuk tajuk Larangan Mempersenda Agama dan Memahami Sunnatullah. Sila klik link di bawah.

https://youtu.be/0pjW7EG-Yt4?si=8dAejPb2dXbzfs9M  

https://youtu.be/_hS0GX-x76U?si=zOwO_Isu3JukPi65

Semoga bermanfaat.Selamat Maju Jaya.

 

Previous Post Next Post