SEBELUM MASUK UJIAN
1. Menonton program, berita atau cerita berbahasa inggeris. Guna kaedah belajar mendengar sebutan yang diungkapkan.
2. Bersama rakan, berusaha bercakap dalam bahasa inggeris. Saling membantu untuk membetulkan kesilapan sebutan contohnya. Jangan rasa segan atau malu untuk bercakap. Baik salah sekarang daripada salah semasa ujian.
3. Cuba rakam percakapan anda kemudian perdengarkan kembali rakaman tersebut. Kemudian bandingkan dengan rakaman asal.Cara ini membolehkan kita kenalpasti samada sebutan kita betul atau salah.
4. Hilangkan stress dengan tidur yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat serta mudah hadam terutama untuk hari ujian dijalankan.
SEMASA UJIAN
1. Guna masa persediaan 20 saat untuk baca topik dan soalan. Dalam masa yang sama fikirkan jawapan ringkas.
2. Mulakan dengan memperkenalkan topik.
3. Respon soalan dengan menggunakan penerangan dan contoh.Sebaiknya ada penanda wacana,jawapan dan huraian.
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN, GOOD LUCK SEMUA.