Minggu depan bermulalah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023 bagi tingkatan 1,2 dan 3 untuk sekolah menengah. Untuk siri penutup kali ini ustazah kongsikan beberapa buah video yang boleh pelajar atau guru gunakan sebagai ulangkaji. Bukan apa, kadang-kadang semasa guru mengajar di dalam kelas ada ketika kita tidak fokus yang boleh menyebabkan kita tidak ingat apa yang diajar. Jadi melalui video-video pdpc ini diharap dapat membantu pelajar ingat kembali apa yang telah diajar oleh guru.Sekiranya ada yang ingin menonton video-video lain, boleh lawati channel www.youtube.com/channelustazahsally .
1. Bidang Hadis :
Tajuk: Hadis Sumber Hukum
2. Bidang Akidah:
Tajuk: Islam Agama Fitrah
3. Bidang Akhlak Islamiah:
Tajuk: Amanah Tonggak Kesejahteraan
Semoga dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anak-anak pelajar. Kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. Selamat maju jaya.