AKADEMI YOUTUBER DALAM SELAMAT PAGI MALAYSIA ( 14 JANUARI 2023 ). TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA.


Peristiwa bersejarah pagi ni apabila dua orang kuat Akademi Youtuber iaitu  Pengasas Akademi Youtuber  Muhammad Suffi bin Yusof (Yu Suffi) dan Ketua Jurulatih Akademi Youtuber Malaysia Zuly Rahimie bin Zulkifli (Yu Zuly) muncul dalam segmen Selamat pagi Malaysia  di RTM1  bertarikh 14 Januari 2023. Ini adalah petanda baik yang jelas menunjukkan AYU mulai dikenali dan mula diperhatikan oleh orang luar.


Satu permulaan yang baik bagi tahun 2023 .Diharapkan AYU akan lebih cemerlang dan gemilang pada masa-masa akan datang. Banyak memberi impak yang positif dan bermanfaat kepada sesiapa sahaja. Bermula dari biasa, menjadi luar biasa hasil semangat jitu dan kerjasama tanpa mengira apapun sempadan . 

Masih kekal berpegang tagline "kitabantukita" dan "sendiriankitabiasabersamakitaluarbiasa". Tahniah dan syabas kepada semua. "Terusmaraparailmuan" .










Previous Post Next Post