COVID-19 MENINGKAT DI CHINA, MALAYSIA PERLU BERTINDAK SEGERA.

 

                                                                      Foto Fail NSTP


Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mahu kerajaan mempertimbang mengenakan satu bentuk syarat perjalanan terhadap pengembara yang tiba dari China ke Malaysia susulan peningkatan kes selepas langkah negara itu menamatkan dasar “zero-Covid”, awal bulan ini.Kerajaan Malaysia perlu meniru beberapa negara  seperti Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Korea Selatan dan India yang telah mengenakan syarat kesihatan terhadap pengunjung China susulan peningkatan kes Covid-19 selepas amaran dikeluarkan oleh WHO.

 

Reuters melaporkan, sejak China melonggarkan sekatan ketat mengekang penularan Covid-19, negara itu berdepan peningkatan mendadak kes, selain kemasukan mendadak pesakit ke hospital, serta memberi ingatan kepada negara luar mengenakan sekatan terhadap pengembaranya.

Laporan itu juga menyebut, kelonggaran sekatan di China susulan protes meluas terhadap langkah ketat diambil pemerintah menjurus penularan Covid-19 dan dipercayai menjangkiti jutaan penduduknya dalam sehari.

Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad memberi maklum lebih 50% rakyat China mendarat di Lapangan Terbang Milan yang semuanya positif Covid-19.

Adalah menjadi harapan agar kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan segera kerana kita tidak mahu “pisang berbuah dua kali”. Negara kita pernah dijangkiti covid-19 pada awal tahun 2020 akibat “lambat bertindak” pihak kerajaan Malaysia pada masa itu.



Sumber: freemalaysiatoday

Previous Post Next Post