TERIMA KASIH AKADEMI YOUTUBER (#ayu)

 



Awal Julai 2020 berada di Akademi Youtuber, menimba ilmu secara percuma, ilmu yang tidak mungkin dapat diperolehi seumpamanya di luar sana. Biarpun hanya sekadar di alam maya namun terlalu banyak  input yang telah diperolehi. Bermula dari kosong, masuk dengan pelbagai perasaan bercampur -baur. Antara yakin dengan tidak tetapi saya gagahi juga.

Banyak pengalaman berharga telah saya kutip sepanjang menuntut  ilmu di akademi ini. Belajar daripada insan-insan yang tidak lokek berkongsi ilmu. Bermula dari challenge 1 sehingga ke challenge 5, redah dengan tabah dan semangat membara. Terima kasih Youtuber Manager Cikgu Suffi, Yu Zuly, Abe MatPB dan semua rakan-rakan. Berteraskan konsep "kitabantukita", "sendiriankitabiasabersamakitaluarbiasa".


Tanggal 22/2/2022, Majlis Konvokesyen AYU. Hilang segala penat lelah. Perasan terharu, bagai mimpi dan excited mengalahkan budak-budak. Bayangkan dalam usia lebih separuh abad, saya dapat juga sampai ke penghujung pengajian di Akademi Youtuber.


Tanggal 27/7/2022, sempena Hari Jadi AYU yang kedua, saya telah mendapat dua anugerah daripada pihak Akademi Youtuber. ANUGERAH SUKARELAWAN CEMERLANG  dan ANUGERAH YOUTUBER CEMERLANG. Terima kasih AYU...





 

Previous Post Next Post